Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Turki terus menduduki wilayah Syria setelah mengumumkan penamatan operasi ketenteraan mereka di sana, kata Duta Besar Syria ke Moscow. Dia turut menggesa semua pihak yang memerangi keganasan di negara itu untuk mengkoordinasikan usaha mereka dengan Damsyik.
Damsyik menganggap tentera Turki yang ditempatkan di Syria sebagai pasukan penjajah, kata Duta Besar Syria ke Rusia, Riyad Haddad pada hari Isnin.
"Turki belum lagi mengeluarkan tentera mereka (dari wilayah kami) dan kami menganggap mereka sebagai penjajah. Turki mengumumkan bahawa kempen mereka telah tamat. Akan tetapi... Turki masih belum mengundurkan tenteranya. Ini adalah sebuah penjajahan ke atas wilayah kami," kata duta itu.
Pada 29 Mac lepas, Majlis Mesyuarat Keselamatan Kebangsaan Turki berkata bahawa pihak tentera negara itu telah berjaya menamatkan operasi "Perisai Furat" di utara Syria.
"Berhubung pasukan tentera yang lain... berkaitan Amerika Syarikat, seperti yang telah kami sebutkan, kerajaan Syria setuju untuk menggabungkan usaha mereka dengan pihak yang memerangi pengganas. Akan tetapi, mereka yang benar-benar mahu memerangi pengganas perlulah menyelaraskan usaha mereka dengan kerajaan Syria," katanya lagi.
/315
4 April 2017 - 17:25
News ID: 821878
Turki terus menduduki wilayah Syria setelah mengumumkan penamatan operasi ketenteraan mereka di sana, kata Duta Besar Syria ke Moscow. Dia turut menggesa semua pihak yang memerangi keganasan di negara itu untuk mengkoordinasikan usaha mereka dengan Damsyik.